Jamil Khir Baharom
Jamil Khir Baharom

Jamil Khir Baharom

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom (Jawi: جاميل خير بن بهاروم) merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.[1][2] Beliau pernah menjadi Pengarah Kagat iaitu Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia. Beliau sering menjadi tetamu undangan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan RTM1. Sebelum ini, pada 7 Januari 2004, Brig Gen (Bersara) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dari Kagat juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Jamil Khir Baharom

Lahir Jamil Khir bin Baharom
(1961-06-25) 25 Jun 1961 (umur 58)
Yan, Kedah
Pekerjaan Menteri
Pangkat Mejar Jeneral
Didahului oleh Mohd Firdaus Jaafar (PAS)
Alma mater Universiti Malaya
Universiti Cordoba
Digantikan oleh Sabri Azit (PAS)
Pasangan Datin Seri Fatmawati Saidin
Tahun perkhidmatan 1986–2009
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
Majoriti 1,196 (PRU-13)
Anak-anak 6
Perkhidmatan/cawangan Kor Agama Angkatan Tentera
Perkhidmatan Pengarah Kor Agama
Kediaman Kampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor

Rujukan

WikiPedia: Jamil Khir Baharom http://www.agendadaily.com/Eksklusif-Bersama/jamil... http://www.keadilandaily.com/guna-wang-zakat-izzah... http://www.keadilandaily.com/jamil-khir-pengarah-j... http://www.keadilandaily.com/miliki-rumah-mewah-am... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.thenutgraph.com/kagat-director-takes-on... http://undi.info/# http://maf.mod.gov.my/kagat/Pengarah%20KAGAT%202.h... http://www2.pmo.gov.my/election/maklumat.asp?strTa... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap...